Monday, 31 December 2012
Friday, 14 December 2012
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Semoga dengan apa yang di terangkan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat di fahami dengan jelas.
Selayang Pandang ( ILMU )
Definisi Ilmu
•Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar.
•Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai‘sciences’.
•Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza.
Dari segi istilah:
•1.Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi.
•2.Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasional.
•3.Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan,struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.
Kepada sesiapa yang inginkan bacaan yang lebih lanjut bolehlah berkunjung di LINK ini.

Kuiz Pengenalan
Cuba Jawab 5 Soalan
Soalan yang dibina adalah untuk mengulang kembali pembelajaran sebelum ini.
Klik SINI untuk mendownload.
Thursday, 13 December 2012
Definasi Ahli Sunnah Wal Jamaah
Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ahli Sunnah wal Jamaah atau dikenali sebagai Jamaah Muslimin merupakan kumpulan orang Islam yang berpegang dengan iktikad (ajaran, kepercayaan dan amalan) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengikut al-Quran dan hadis.
Penggunaan istilah Jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadis-hadis,terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" iaitu jamaknya "firaq".
Dalam Sunan Ibn Majah riwayat dari Abu Hurairah r.a:
Maksudnya:"Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan".
Sebuah hadis lagi diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda s.a.w bersabda
Maksudnya:"Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaanNya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tigagolongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?".Jawab Baginda "Jamaah".
Disini jelas dinyatakan oleh baginda s.a.w bahawa golongan yang selamat ialah Jamaah dan istilah Jamaah inilah yang diidentitikan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Maksud Ahli Sunnah wal Jamaah ialah mereka yang menurut jejak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.
Mereka dinamakan ahli sunnah kerana pegangan mereka menepati sunnah Rasulullah s.a.w dan mereka dinamakan al-Jamaah kerana bersatu di atas prinsip kebenaran dan tidak berpecah belah dalam agama, mereka bersatu mendokong al-haq (kebenaran) yang dibawa oleh para imam kaum muslimun serta tidak sesekali menentangnya.
Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah
Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang ulama' besar iaitu Syeikh Abu Hasan al-Ash'ari r.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r.a.
Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun 324 Hijrah.
Pada mulanya beliau berpegang dengan fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i.
Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah.
Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'diyanah , Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.
Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal, Abu Ishaq al-Isfara'ylni, Imam Hafiz al-Baihaqi, Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali, Imam al-Qusyairi, Imam al-Baqillani, Imam al-Ghazali, Imam Fakhruz-Razi, Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam yang semuanya pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasanal-Asy'ari.
Imam Abu Mansur al-Maturidi r.a juga dianggap sebagal pengasas Ahli Sunnahwal Jamaah.
Namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.
Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari.
Beliau mempertahankan pegangan Ahli Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang bertentangan dan batil pada zamannya, sama seperti zaman Imam Abul Hasan al-Asy'ari.
Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah persepsi masyarakat pasti akan terfikir akan dua tokoh ulama ini sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya'oleh Murtada az-Zabidi, apabila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, yang dimaksudkannya ialah aliran yang diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al- Maturidi
Slaid Ringkas
Asssalamualaikum
Slaid ringkas yang di sediakan ini dapat membantu pemahaman dan pengetahuan pelajar untuk mengingati apa yang penting dalam pembelajaran yang lepas.klik SINI
Untuk mendapat paparan yang lebih jelas disarankan untuk download file tersebut

Wednesday, 12 December 2012
Pembukaan Ilmu Tauhid dan kandungannya
Permulaan Ilmu Tauhid:
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' bererti punca,mula terbit .Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu.Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :
1) Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin dan Ilmu 'Aqaid.
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah dan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.
4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya ) kepada empat tempat :
i. Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.
ii .Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
iii. Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
iv. Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah S.A.W seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash ,syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.
5) Faedah Ilmu Tauhid :
Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.
6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.
7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.
8) Hukum mempelajari ilmu tauhid :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .
9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )
10) Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Pengenalan Subjek Tauhid Tingkatan 4
Assalamualaikum...
Ilmu tauhid adalah ilmu yang penting… sangat penting… malah yang terpenting! Gagal ilmu tauhid bererti gagallah yang lain-lain. Tapi dalam dunia hari ini, pelajaran ilmu tauhid semakin terpinggir. Sebahagian besar para pendakwah sendiri mengabaikan ilmu ini dengan hanya mengambil yang asas sahaja. Mereka rasakan ‘yang asas’ itu sudah mencukupi lalu mereka tumpukan usaha mereka kepada gerak kerja dakwah.

Pengenalan Kepada Ilmu Tauhid:
Tauhid berasal dari perkataan "Wahhada" "Yuwahhidu" "Tauhidan", yang berarti mengesakan atau keesaan.
Ilmu tauhid pula adalah merupakan suatu ilmu yang membahaskan tentang sifat-sifat Ketuhanan dan af 'al-Nya yakni perbuatan-Nya.
Selain daripada ilmu tauhid, antara lain ia juga dikenali dengan nama ilmu Sifat atau ilmu Kalam atau ilmu Usuluddin.Ilmu tauhid ini asas di dalam agama Islam dan menjadi induk kepada semua ilmu-ilmu yang dibangsakan kepada Islam.
Tempat ambilan atau asal ilmu tauhid ini ialah dari Al-Quran dan As-sunnah.
Tauhid merupakan inti dan dasar dari seluruh tata nilai dan norma Islam, sehingga oleh karenanya Islam dikenal sebagai agama tauhid yaitu agama yang mengesakan Tuhan. Bahkan gerakan-gerakan pemurnian Islam terkenal dengan nama gerakan muwahhidin ( yang memperjuangkan tauhid ).
Dalam perkembangan sejarah kaum muslimin, tauhid itu telah berkembang menjadi nama salah satu cabang ilmu Islam, yaitu ilmu Tauhid yakni ilmu yang mempelajari dan membahas masalah-masalah yang berhubungan dengan keimanan terutama yang menyangkut masalah ke-Maha Esa-an Allah
Firman Allah:
Surah Al-Baqarah ayat 163 Bermaksud:
"Dan bermula Tuhan kamu itu ialah Tuhan yang satu, tidak ada Tuhan melainkan Ia,Yang Pemurah lagi Penyayang"
Surah Muhammad ayat 19 Bermaksud:
"Maka ketahuilah bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah"
Pengertian Tauhid:
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman:
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Thursday, 6 December 2012
Cubaan Seterusnya
Ini contoh PowerPoint yang susah nak faham untuk di postkan,
https://docs.google.com/file/d/0B52OjKpoylZNeU50amF2YXRjeFk/edit

Wednesday, 5 December 2012
Happy Sangat-Sangat
Suasana yang dingin membuatkan diriku kesejukan.Line yang lembab menambahkan lagi kekusutan.Hari Khamis 6-12-2012.
Subscribe to:
Comments (Atom)